Kenyataan Akhbar

KENYATAAN MEDIA PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN PENUBUHAN JAWATANKUASA TERTINGGI INSTITUSI HAL EHWAL ISLAM PERINGKAT PERSEKUTUAN

Saya merujuk kepada Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang disiarkan via Media Sosial hari ini, menzahirkan kekecewaanya bahawa Majlis Raja-raja telah tidak bertindak mengenai 1MDB dan selepas Pegawai tertinggi SPRM menghadap Duli Yang Maha Mulia Raja-raja pada 2015.

Jawatankuasa Tertinggi ini dianggotai seramai lima orang ahli yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong, dengan perkenan Raja-raja Melayu. Ia dipengerusikan oleh YABhg. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid dan Timbalannya, YBhg. Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan (Perak), Dato’ Dr. Afifi al-Akiti, manakala Ahli-ahlinya ialah YBhg. Profesor Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, YBhg. Dato’ Haji Nooh Gadot dan YBhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Fungsi Jawatankuasa ini, antaranya, adalah untuk mengkaji kedudukan pengurusan hal-ehwal Islam di peringkat Persekutuan, latar belakang penubuhan, bidang kuasa, serta keberkesanan agensi-agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundangan dan penghakiman Syariah di peringkat Persekutuan. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja adalah urusetia kepada Jawatankuasa Tertinggi ini.

...

Pada menjalankan tugas-tugasnya, Jawatankuasa Tertinggi ini akan menerima memoranda-memoranda dan juga akan berbincang dengan pihak-pihak yang berkepentingan termasuk mereka yang sudi dengan sukarela menyampaikan pendapat-pendapat mereka.

...

Penubuhan Jawatankuasa Tertinggi ini dilihat selari dengan kedudukan Islam yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini amat wajar kerana ia kekal menghormati prinsip dan bidang kuasa Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam di Negeri masing-masing, di mana institusi agama terus ditambahbaiki demi mempertahankan Islam, di samping terus menyebarluaskan nilai-nilai kesejagatan Islam di negara ini.

...

Hasil kajian Jawatankuasa Tertinggi ini akan dikemukakan kepada Majlis Raja-raja dengan cadangan penambahbaikan bagi pentadbiran dan pengurusan hal-ehwal Islam di peringkat Persekutuan agar ia berada di atas landasan yang betul.

Dikeluarkan oleh

Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 30 Julai 2018