Asal-usul Majlis Raja-raja

Sebelum Pembentukan Durbar

Raja-raja dahulu merupakan Raja-raja mutlak, yang mempunyai kuasa perundangan eksekutif dan kehakiman. Raja-raja ini memerintah negeri masing-masing berdasarkan dasar mereka sendiri, dibantu oleh pelbagai kategori pegawai pada nama sahaja. Pada zaman kesultanan Melaka, para pegawai ini diketuai oleh Bendahara (pada zaman ini Bendahara setaraf dengan Perdana Menteri).

Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511, dan Belanda pada tahun 1641, tidak mengubah struktur tradisi Kesultanan Melayu. Pada awal tahun 1874 pula, pihak British mencampuri pentadbiran Kesultanan Melay