white red blue green w3c plus minus equal

Carian Maklumat:

 

PENUBUHAN

LOKASI  

LOGO JABATAN

FUNGSI PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja adalah Urus Setia kepada Majlis Raja-Raja. Pejabat ini menjalankan aktiviti/strategi seperti berikut:-

  • Mengeluarkan notis Mesyuarat Majlis Raja-Raja kepada Anggota;
  • Mengeluarkan notis makluman kepada kementerian dan jabatan Persekutuan bagi mengemukakan memorandum/taklimat untuk diperkenan/dipersembah dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja;
  • Penyediaan agenda Mesyuarat Majlis Raja-Raja Hari Pertama dan Kedua - 3 kali setahun;
  • Menyelaras Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja - 3 kali setahun;
  • Menyelaras Mesyuarat Pre-Council Majlis Raja-Raja - 3 kali setahun;
  • Menyelaras Mesyuarat Majlis Raja-Raja - 3 kali setahun;
  • Penyediaan minit Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja;
  • Menyediakan minit Mesyuarat Majlis Raja Hari Pertama dan mengedarkan kepada Anggota pada hari yang sama juga;
  • Penyediaan dan pengedaran minit Mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk tindakan agensi dan mendapatkan maklumbalas/tindakan susulan;
  • Menyelaras Mesyuarat (Khas) Majlis Raja-Raja mengenai Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong - 1 kali setiap 5 tahun;
  • Menyelaras Mesyuarat (Khas) Majlis Raja-Raja mengenai Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong - 1 kali setiap 5 tahun;
  • Menyelaras Mesyuarat (Khas) dari masa ke masa apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau tidak kurang dari tiga orang Anggota Majlis;
  • Menguruskan hal-hal pelantikan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Menasihatkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diluluskan oleh Majlis Raja-Raja bagi memperkenankan pelantikan-pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli berikut:-
    1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
    2. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan;
    3. Suruhanjaya Pilihan Raya;
    4. Ketua Audit Negara;
    5. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi;
    6. Dua orang Hakim Mahkamah Khas;
    7. Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia;
    8. Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia;
    9. Pengerusi dan Ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI); dan
    10. Ketua Pengakap Negara.
  • Menguruskan ketibaan dan keberangkatan balik DDYMM/TTYT menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan lain-lain urusan;
  • Menguruskan Kenderaan Kumpulan Kerajaan dan Pesawat Khas untuk kegunaan Mesyuarat Majlis Raja-Raja;
  • Menyelaras Jawatankuasa melihat Anak Bulan Ramadhan, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban; dan
  • Menyelaras dan menyampaikan keputusan penetapan tarikh Awal Ramadhan, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.

PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

MOHOR BESAR RAJA-RAJA (RULERS’ SEAL)     

FUNGSI MOHOR BESAR RAJA-RAJA

PENGUNAAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

CARTA ORGANISASI

MANTAN PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA       

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hakcipta Terpelihara Majlis Raja-Raja © 2010