PENGENALAN
FUNGSI
BUDIBICARA MAJLIS RAJA-RAJA
MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA
Semua Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik oleh Anggota itu mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri.
Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Anggota Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-Raja.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai penasihat Baginda.
PENGERUSI MESYUARAT
KEKERAPAN MESYUARAT
PENASIHAT
SETIAUSAHA MESYUARAT
TEMPAT MESYUARAT
URUS SETIA