Frequently Asked Question
Frequently Asked Question
Contact Us
Contact Us
Feedback
Feedback
Site Map
Site Map
          ​  contactus-icon faq-icon sitemap-icon

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA YANG KE-253

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA YANG KE-253

 

Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang Ke-253 telah diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 27 dan 28 Februari 2019 dan telah dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Pada hari pertama Mesyuarat, semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri telah berangkat hadir kecuali Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan diwakili oleh Tengku Mahkota Kelantan, YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang diwakili oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Pahang, iaitu YAM Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda Pahang.

2. Pada hari ini (Hari Yang Kedua), Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI diiringi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berangkat hadir di Mesyuarat Majlis. Semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Yang Amat Mulia Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Pahang, Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah berangkat hadir kecuali Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

3. Majlis juga telah disembahkan taklimat terkini mengenai pertahanan Negara oleh YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin (Panglima Angkatan Tentera) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi bin Harun (Ketua Polis Negara).

4. Perkara-perkara mengenai pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi, perkara mengenai agama Islam termasuk pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta pelantikan Ketua Audit Negara juga turut dibincangkan.

 

Dikeluarkan oleh

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, KUALA LUMPUR

 

28 Februari 2019

Contact Us


Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja,
482, Jalan Bukit Petaling
50682 Kuala Lumpur

Phone: 03-2141 7270 / 03-2142 4947
Fax: 03 - 2142 2080
E-mail: urusetia[at]majlisraja-raja.gov.my




Setiausaha,
Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri,
482, Jalan Bukit Petaling
50682 Kuala Lumpur

Phone: 03-2148 5373
Fax: 03 - 2142 2080
E-mail: biasiswarajaraja[at]gmail.com

Total Visitor
1.png0.png3.png2.png8.png
Updated Date
  • Last Updated: 20.09.2022.
Image
Image
Image
Image
Image
Image