Soalan Lazim
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Maklum Balas
Maklum Balas
Maklum Balas
Peta Laman
          ​  contactus-icon faq-icon sitemap-icon

Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-raja dan Yang Di-pertua-Yang Di-pertua Negeri

Sejarah Kumpulan Wang Biasiswa Raja-Raja (Kumpulan Wang)


Kumpulan Wang Biasiswa Raja-Raja (Kumpulan Wang) ditubuhkan pada 31 Ogos 1949 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-8. Selaras dengan itu, satu peraturan telah dibuat dan dinamakan Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang Biasiswa Raja-Raja. Mesyuarat Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Raja-Raja ditukar kepada Kumpulan Wang Biasiswa Raja-Raja dan Gabenor-Gabenor. Pada 12 Mei 1983, satu akta iaitu Akta 284 telah diwartakan dan dinamakan Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua Yang di-Pertuan Negeri. Kawalan dan pengurusannya diletakkan dibawah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang juga setiausaha kepada Lembaga Kumpulan Wang. Lembaga Kumpulan Wang ini mengikut seksyen 5 (1) Akta 284 adalah terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat orang anggota yang dilantik oleh Majlis dari antara Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi tempoh dua tahun dan layak untuk dilantik semula. Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Lembaga dan bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun dan dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan dua orang anggota adalah menjadi korum. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja adalah menjadi Setiausaha Lembaga. Bagi tahun 2009, Lembaga Kumpulan Wang adalah terdiri daripada :-

1. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Pengerusi
2. YAB Menteri Besar Pahang Ahli
3. YAB Menteri Besar Perak Ahli
4. YAB Menteri Besar Selangor Ahli
5. YAB Ketua Menteri Melaka Ahli

Fungsi utama penubuhan Kumpulan Wang ini ialah memberi biasiswa, dermasiswa, bantuan kewangan dan lain-lain bantuan kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam untuk mengikuti pegajian Ijazah Pertama sahaja. Jumlah penuntut yang telah ditawarkan biasiswa adalah terad mengikut kemampuan yang ada. Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/Matrikulasi sahaja. Calon-calon untuk ditawarkan adalah dalam pelbagai bidang pengajian seperti perubatan, teknologi, sains dan sastera. Kesemua calon adalah diterima dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Biasiswa Majlis Raja-raja


Biasiswa Kumpulan Wang telah mulai dikeluarkan pada tahun 1967.

Biasiswa Kumpulan Wang ini ditawarkan melalui calon daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan memilih pelajar cemerlang untuk ditawarkan dalam bidang pengajian seperti perubatan, teknologi, sains dan sains sosial di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan sahaja.

Penetapan kriteria pemilihan penerima biasiswa oleh JPA adalah berdasarkan keputusan pengajian cemerlang tahun pertama di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan tidak lagi mlalui keputusan peperiksaan sama ada Matrikulasi atau STPM yang telah dilaksanakan pada tahun 2016. Jumlah keseluruhan penuntut yang diambil mulai tahun 1967 hingga sesi 2020/2021 berjumlah ………………..
1967-1978

Loading...

Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang)



Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-145 (Hari Yang Kedua) pada 6 November 1988, telah bersetuju mewujudkan satu Anugerah Pelajaran DiRaja yang dikenali sebagai Pingat Jaya Cemerlang. Tujuan anugerah ini ialah untuk memberi pengiktirafan yang tertinggi dan dianugerahkan kepada seseorang graduan yang mana mutu dan hasil pencapaian akademiknya adalah yang terbaik dan memenuhi kriteria berikut:-
  • Keputusan peperiksaan keseluruhan;
  • Aktiviti kokurikulum;
  • Hadiah lain yang telah diperolehi;
  • Perakuan dan laporan dari Dekan Fakulti yang berkenaan;
  • Berkelakuan baik
Jaya Cemerlang ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 untuk tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu dua orang graduan bagi tiap-tiap IPTA terdiri seorang Bumiputera dan seorang bukan Bumiputera Penerima anugerah adalah layak menerima:-
  • Sebuah pingat emas bernilai RM1,000;
  • Wang tunai RM7,500; dan
  • Sijil Anugerah Pelajaran DiRaja.
Seramai 727 orang graduan telah menerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang).
1988/1989-1989/1990

Loading...

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) mulai tahun 2000 telah melaksanakan program baru dikenali Biasiswa Yang di-Pertuan Agong atau King Schorlarship selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 November 2004 dan mendapat persetujuan Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 16 Mac 2005.

Biasiswa ini diperkenalkan bagi memberi pengiktiraf akan kebolehan luar biasa seseorang calon melanjutkan pengajian di peringkat pasca Ijazah (Sarjana dan PhD) khasnya dalam bidang Sains dan Teknologi dalam dan luar negeri.

Pemilihan pertama Biasiswa Yang di-Pertua Agong telah dibuat pada 29 September 2006 iaitu lima (5) calon Sarjana dan lima (5) calon PhD. Majlis penyampaian biasiswa ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Penerima biasiswa ini juga diperkenalkan kepada semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam satu majlis khas sebelum Majlis Santapan Malam bagi memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-raja di Istana Negara.
2006/2007-2009/2010

Loading...

Hubungi Kami


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,
482, Jalan Bukit Petaling
50682 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2141 7270 / 03-2142 4947
Faks: 03 - 2142 2080
E-mel: urusetia[at]majlisraja-raja.gov.my




Setiausaha,
Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri,
482, Jalan Bukit Petaling
50682 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2148 5373
Faks: 03 - 2142 2080
E-mel: biasiswarajaraja[at]gmail.com

Bilangan Pelawat
0.png9.png1.png6.png4.png
Tarikh Kemaskini
  • Kemaskini Terakhir: 08.08.2022.
Image
Image
Image
Image
Image
Image