- Asal-usul Majlis Raja-raja
- Peranan Majlis Raja-raja
- Keahlian Majlis Raja-raja
- Bakal-bakal Anggota Majlis Raja-raja
- Senarai Susunan Kekananan
- Tarikh Sambutan Hari Keputeraan DYMM Raja-raja & Hari Ulangtahun Kelahiran TTYT
- Senarai Setiausaha Sulit DYMM Raja-raja & TYT
- Alamat Rasmi Istana-istana Negeri
- Tarikh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Lepas
Sebelum Perang Dunia dan khasnya sebelum penaklukan Siam, British dan Jepun, Raja-raja dahulu merupakan Raja-raja berkuasa mutlak, dalam bidang perundangan, eksekutif dan kehakiman. Raja-raja ini memerintah Negeri masing-masing berdasarkan pertimbangan dan budi bicara baginda sendiri, dibantu oleh pelbagai kategori pegawai dengan tugas dan peranan yang ditentukan baginda. Pada zaman Kesultanan Melaka (1402-1511), para pegawai ini diketuai oleh Bendahara (sekarang iaitu jawatan yang setaraf dengan Perdana Menteri).
Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun (1511-1641), dan Belanda (1641-1824), dst. British (1824-1957) tidak mengubah struktur tradisi Kesultanan Melayu. Pengaruh British pula telah mula menyerap ke Semenanjung Tanah Melayu apabila British bertapak dan memerintah Pulau Pinang pada 1786, terpisah dari Kesultanan Kedah. Pemerintahan Pulau Pinang meliputi Seberang Perai (1800) dan Pangkor (1826-1936) serta Dinding/Manjung (1874-1936). Pada awal tahun 1874 pula, pihak British mencampuri pentadbiran Kesultanan Melayu Perak dan seterusnya dari masa ke masa semua Kesultanan dengan perjanjian yang mensyaratkan baginda mendapat seraya menurut nasihat pegawai British sama ada bergelar British Resident bagi Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan ataupun British Advisors bagi Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu (1919) ataupun General Advisor bagi Negeri Johor (1914).
Sebelum pihak British melengkapkan penguasaan politik mereka terhadap Kesultanan-kesultanan Melayu, mereka terlebih dahulu menggabungkan kuasa pentadbiran mereka, dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) pada tahun 1896 dan kemudiannya menubuhkan sebuah Majlis Mesyuarat Persekutuan (FMS Legislative Council) pada tahun 1909, yang ahlinya termasuk empat orang Raja-raja Melayu, yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
Sungguhpun pihak British cuba mengekalkan kedaulatan Kesultanan Melayu, tetapi apa yang tinggal bagi Raja-raja Melayu, hanyalah amnya tugas-tugas yang berkaitan dengan upacara adat istiadat dan hal-hal keagamaan.
Meskipun Majlis Raja-raja yang ada sekarang merupakan struktur formal Perlembagaan, nama Majlis ini tidak dapat dipisahkan daripada Kesultanan-kesultanan Melayu yang merupakan tonggak sistem atau institusi beraja di Malaysia. Sebab itu sejarah awal Majlis Raja-raja elok dimulai dengan menelusuri secara sepintas lalu kemunculan Kesultanan Melayu yang ada sekarang. Ini penting bagi menunjukkan pertalian awal di kalangan keluarga diraja yang ada di Malaysia sekarang, sesuatu yang tidak kurang pentingnya dalam menyediakan persekitaran yang akhirnya melahirkan Majlis ini.
Kemunculan dan kedudukan Kesultanan Melayu tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan Kesultanan Melayu Melaka (1402-1511). Meskipun kesultanan ini bukan kesultanan yang tertua, sebab Kesultanan Kedah telah pun diasaskan sekitar kurun ke-13, Kesultanan Melayu Melaka mempunyai faktor signifikan yang besar dalam membina tradisi dan adat istiadat istana yang kemudiannya diwarisi oleh Kesultanan-kesultanan yang muncul kemudiannya. Selain itu, Kesultanan Melayu Melaka juga mempunyai peranan dalam membantu mengasas dan memperkukuhkan kebanyakan Kesultanan yang ada sekarang.
Daripada sembilan Kesultanan yang ada, hanya Kesultanan Melayu Perak sahaja yang mempunyai pertalian langsung dengan Kesultanan Melayu Melaka sebab Sultan Perak yang pertama yang ditabal pada 1528 ialah anakanda kepada Sultan Mahmud yang terakhir dari Melaka.
Kesultanan Kedah yang pernah dilindungi oleh Melaka memiliki beberapa peralatan diraja termasuk nobat yang dianugerahkan kepada Kesultanan ini oleh Kerajaan Melaka. Kesultanan Selangor, meskipun diasaskan oleh orang Bugis pada kurun-18, telah diberi keabsahan oleh Kesultanan Perak yang mempunyai pertalian langsung dengan Raja-raja Melaka. Kesultanan-kesultanan lain seperti Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu muncul selepas keturunan Kesultanan Melayu Melaka pupus. Kesultanan-kesultanan ini jelas mengisi dan meneruskan warisan yang dikosongkan oleh Kesultanan Melayu Melaka selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis. Begitu juga dengan Negeri Sembilan, meskipun Raja-rajanya berasal dari Sumatera. Apabila pihak British campur tangan di Negeri-negeri Melayu, bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 dan berakhir dengan perjanjian British dengan Johor pada 1 Mei 1914.
Kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja yang berdaulat tidak berubah. Inilah kedudukan Raja-raja di sisi undang-undang, walaupun kenyataannya mungkin tidak sedemikian bebas dan berdaulat. Prinsip ini telah diisytiharkan oleh beberapa keputusan mahkamah yang berbeza kedudukannya dengan kedudukan Raja-raja Melayu dalam Malayan Union. Walaupun demikian, Raja-raja terpaksa tunduk kepada kehendak dan tekanan pihak British. Meskipun tekanan itu boleh dipersoalkan di sisi undang-undang, pihak British mempunyai kekuatan untuk memaksa Raja-raja Melayu mematuhi nasihat mereka. Hakikatnya pihak British yang membentuk dan mengawal polisi pentadbiran dan pelaksanaannya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja tahu apa yang baginda terima bukanlah sesuatu yang dimaksudkan ketika baginda menandatangani perjanjian dengan pihak British.
Majlis Raja-raja ditubuhkan secara formalnya dalam tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan. Sebelum Persekutuan wujud, sembilan Negeri-negeri Melayu dan dua Negeri-negeri Selat (British Straits Settlements) telah ditadbir sebagai Malayan Union di bawah pemerintah tertinggi seorang Gabenor British, iaitu antara 01.04.1946 dan 31.01.1948. Singapura yang juga adalah sebuah Negeri Selat telah dipisahkan sebagai Tanah Jajahan British (British Crown Colony). Malayan Union menggantikan Pentadbiran Tentera British (British Military). Administration (September 1945-April 1946) yang memerintah sementara selepas kekalahan Jepun yang menakluki Negara ini dari akhir 1941 hingga September 1945.
Sebelum itu Negeri-negeri di Semenanjung di perintah secara berlainan iaitu terdapat lima Negeri Melayu yang tidak bergabung (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor manakala empat pula bergabung sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) terdiri daripada Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan antara 1896 dan 1941 dan juga tiga Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu menganjurkan Durbar iaitu forum bersama antara Raja-raja dan pihak pentadbir British yang bermesyuarat dari masa ke masa. Durbar itulah precursor iaitu pelopor kepada Majlis Raja-raja sekarang.
- Terengganu
- Perlis
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Johor
- Kelantan
- Perak
- Kedah
- Pahang
- Sabah
- Sarawak
- Melaka
- Pulau Pinang
![]() |
|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah | |
Darjah Kebesaran | D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.,(Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia ADIPURNA (Indonesia). |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 22 Januari 1962 di Bandar Kuala Terengganu, Terengganu. |
Naik Takhta/Tabal | Takhta: 15 Mei 1998 Tabal: 4 Mac 1999 |
Pendidikan | 1. Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu; 2. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu; 3. Geelong Grammar di Melbourne, Australia (1980-1981); dan 4. International University - Europe, England (1988). |
Kor Kolonel Kehormat | 1. Kolonel Yang DiPertua Kor Ordnans DiRaja; dan 2. Kolonel Yang DiPertua Kor Armor DiRaja. |
Canselor IPTA/IPTA | Canselor Universiti Teknologi Mara |
Yang di-Pertuan Agong | Ketigabelas (13.12.2006-12.12.2011) |
Timbalan Yang di-Pertuan Agong | 1. Kesebelas (26.04.1999-12.12.2001) 2. Keduabelas (13.12.2001-12.12.2006) |
![]() |
|
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail | |
Darjah Kebesaran |
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Pahang), D.K. II (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L'Independence (Grand Medal of the Independence) - Cambodia, Grand Croix De L'Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra (Arab Saudi), Decoration of Omayad - The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan). |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 17 Mei 1943 di Bandar Diraja Arau, Perlis. |
Naik Takhta/Tabal | Takhta: 17 April 2000 Tabal: 7 Mei 2001 |
Pendidikan | 1. Sekolah Melayu Arau (sekarang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah); 2. Sekolah Rendah Wellesley, Pulau Pinang (1955); 3. Penang Free School; 4. Wellingborough Public School, England (1963); dan 5. Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom (1964-1965). |
Kor Kolonel Kehormat | 1. Kolonel Yang DiPertua Kor Polis Tentera Diraja; dan 2. Kolonel Yang DiPertua Rejimen Kor Renjer Diraja. |
Canselor IPTA/IPTA | Cancelor Universiti Sains Malaysia |
Yang di-Pertuan Agong | Keduabelas (13.12.2001-12.12.2006) |
Timbalan Yang di-Pertuan Agong | - |
![]() |
|
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj | |
Darjah Kebesaran |
D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France). |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 24 Disember 1945 di Istana Jemaah, Klang, Selangor (sekarang dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alah Shah, Klang). |
Naik Takhta/Tabal | Takhta: 22 November 2001 Tabal: 8 Mac 2003 |
Pendidikan | 1. Sekolah Menengah Raja Muda, Kuala Lumpur; 2. St. John Institution, Kuala Lumpur (1954-1959); 3. Perth, Australia (1960-1964); dan 4. England (1965-1968). |
Kor Kolonel Kehormat | Kapten Yang DiPertua Tentera Laut Diraja Malaysia |
Canselor IPTA/IPTA | Canselor Universiti Putra Malaysia |
Yang di-Pertuan Agong | - |
Timbalan Yang di-Pertuan Agong | - |
![]() |
|
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir | |
Darjah Kebesaran |
D.K., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T. |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 14 Januari 1948 di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. |
Naik Takhta/Tabal | Takhta: 29 Disember 2008 Tabal: 26 Oktober 2009 |
Pendidikan | 1. Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; 2. Sekolah Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan; 3. Sekolah George V, Seremban, Negeri Sembilan; 4. Aldenham School, Elstree; dan 5. University of Wales Aberystwyth. |
Kor Kolonel Kehormat | 1. Kolonel Yang DiPertua Rejimen Semboyan DiRaja; dan 2. Kolonel Yang DiPertua Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja. |
Canselor IPTA/IPTA | Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia |
Yang di-Pertuan Agong | - |
Timbalan Yang di-Pertuan Agong | - |
![]() |
|
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar | |
Darjah Kebesaran | D.K (Johor), D.K (Perak), D.K (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K (Selangor), D.K (Negeri Sembilan), D.K (Terengganu), D.K.M.B. (Brunei), S.P.M.J, S.S.I.J, S.P.M.T, S.M.N, S.P.M.K, S.P.M.P, P.I.S |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 22 November 1958 di Hospital Besar Johor Bahru (sekarang dikenali sebagai Hospital Sultanah Aminah). |
Naik Takhta/Tabal | Takhta: 23 Januari 2010 Tabal: 23 Mac 2015 |
Pendidikan | 1. Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), Johor Bahru, Johor; 2. Trinity Grammer School, Australia (1968-1970); 3. Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi, Johor; 4. Fort Benning Georgia, Amerika Syarikat; 5. Fort Wracker, Amerika Syarikat; dan 6. The Fletcher School of Law and Diplomacy, Tufts University, Amerika Syarikat. |
Kor Kolonel Kehormat | Kolonel Komandan Grup Gerak Khas |
Canselor IPTA/IPTA | - |
Yang di-Pertuan Agong | - |
Timbalan Yang di-Pertuan Agong | - |
![]() |
|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V | |
Darjah Kebesaran | D.K., D.K.M, D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.(Terengganu), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K. |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan. |
Naik Takhta/Tabal | Takhta: 13 September 2010 Tabal: - |
Pendidikan | 1. Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu; 2. Alice Smith School, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur; 3. Oakham School, Rutland, England (1989); 4. St. Cross College and Oxford Centre for Islamic Studies (1989-1991); 5. Huron University College, London; 6. Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung (1990); 7. European Business School London. |
Kor Kolonel Kehormat | Kolonel Yang DiPertua Kor Artileri DiRaja |
Canselor IPTA/IPTA | Universiti Malaysia Kelantan |
Yang di-Pertuan Agong | Kelimabelas (13.12.2016 - 06.01.2019) |
Timbalan Yang di-Pertuan Agong | Keempatbelas (13.12.2011 - 12.12.2016) |
![]() |
|
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah | |
Darjah Kebesaran |
D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), D.K.N.S., D.K.(Perlis), D.K 1 (Johor), D.K. (Pahang), PhD (Harvard). |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 27 November 1956 di Pulau Pinang. |
Naik Takhta/Tabal | Takhta: 29 Mei 2014 Tabal: 6 Mei 2015 |
Pendidikan | Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universtiti Harvard |
Kor Kolonel Kehormat | 1. Kolonel Yang DiPertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat; dan 2. Kolonel Yang DiPertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia. |
Canselor IPTA/IPTA | 1. Canselor Universiti Malaya; dan 2. Canselor Universiti Sultan Azlan Shah. |
Yang di-Pertuan Agong | - |
Timbalan Yang di-Pertuan Agong | 1. Kelimabelas (13.12.2016 - 06.01.2019) 2. Keenambelas (31.01.2019 - sekarang) |
![]() |
|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah | |
Darjah Kebesaran | D.K., D.K.H., D.M.N., D.U.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Perlis), D.K. (Pahang), D.M.K., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K. |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 30 April 1942 |
Naik Takhta/Tabal | Takhta: 12 September 2017 Tabal: 22 Oktober 2018 |
Pendidikan | Kolej Sultan Abdul Hamid |
Kor Kolonel Kehormat | 1. Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD); dan 2. Kolonel Yang DiPertua Kor Perkhidmatan DiRaja (KPD). |
Canselor IPTA/IPTA | 1. Universiti Utara Malaysia (UUM); dan 2. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS). |
Yang di-Pertuan Agong | - |
Timbalan Yang di-Pertuan Agong | - |
![]() |
|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah | |
Darjah Kebesaran | D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K. (Terengganu), D.K. (Johor), S.P.M.J., D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Kedah), D.K. (Perlis), D.K. (Perak). |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 30 Julai 1959 di Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang. |
Naik Takhta/Tabal | Takhta: 11 Januari 2019 Tabal: 15 Januari 2019 |
Pendidikan | 1. Sekolah Rendah Ahmad, Pekan, Pahang (1966-1969); 2. Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan, Pahang (1970-1971); 3. Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan, Pahang (1972-1974); 4. Aldenham School, Elstree Hertfordshire-Advance School Davies College, London (1978-1979); 5. Royal Military Academy, Sandhurst, England (1979-1980); dan 6. Worcester & Queen Elizabeth College (1979). |
Kor Kolonel Kehormat | Kolonel Yang DiPertua Komandan Tentera Udara Diraja Malaysia |
Canselor IPTA/IPTA | 1. Canselor Universiti Kuala Lumpur; dan 2. Canselor Universiti Malaysia Pahang. |
Yang di-Pertuan Agong | 31.01.2019 - sekarang |
Timbalan Yang di-Pertuan Agong | - |
![]() |
|
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin | |
Darjah Kebesaran | S.M.N., S.P.D.K., P.G.D.K., P.J.N., A.S.D.K., J.P. |
Tarikh/Tempat Kelahiran | 5 November 1953 di Pulau Tambisan, Sandakan, Sabah. |
Tarikh Dilantik | 1. Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1 Januari 2011 selama tempoh 4 tahun; dan 2. Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1 Januari 2015 selama tempoh 4 tahun. |
Pendidikan | 1. B.A. (Hons) Law; dan 2. Barisster-At-Law. |
Kor Kolonel Kehormat | - |
Canselor IPTA/IPTA | Cancelor Universiti Malaysia Sabah |
![]() |
|
Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud | |
Darjah Kebesaran | S.M.N., S.B.S., D.K.(Johor), D.K. (Brunei), D.K. (Pahang), S.P.D.K., S.U.M.W., S.S.D.K., D.G.S.M., D.P.P.N., S.S.S.A., S.P.M.T., KT.W.E. (Thailand), KEPN (Indonesia), K.O.U. (Korea), AO (Australia), P.P.K. |
Tarikh/Tempat Kelahiran | 21 Mei 1936 di Miri, Sarawak. |
Tarikh Dilantik | 1. Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1 Mac 2014 selama tempoh 4 tahun; dan 2. Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1 Mac 2018 selama tempoh 4 tahun. |
Pendidikan | LLB, University of Adelaide, South Australia |
Kor Kolonel Kehormat | - |
Canselor IPTA/IPTA | Canselor Universiti Malaysia Sarawak |
![]() |
|
Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam | |
Darjah Kebesaran | S.M.N., S.P.S.M., P.S.M., S.P.D.K., D.G.S.M., D.C.S.M., D.M.S.M., D.S.M., P.B.M. |
Tarikh/Tempat Kelahiran | 24 Ogos 1949 di Melaka. |
Tarikh Dilantik | Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 4 Jun 2020 selama tempoh 4 tahun. |
Pendidikan | 1. Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Ekonomi), Universiti Sains Malaysia; 2. Ijazah Sarjana Sastera, Universiti Malaya; dan 3. Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Malaya. |
Kor Kolonel Kehormat | - |
Canselor IPTA/IPTA | Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) |
![]() |
|
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak | |
Darjah Kebesaran | S.M.N., P.S.M., D.U.P.N., D.S.L.J. (Brunei), D.M.P.N., D.S.P.N., J.S.M., A.M.N. |
Tarikh/Tempat Kelahiran | 8 Januari 1949 di Sungai Bakap, Pulau Pinang. |
Tarikh Dilantik | 1 Mei 2021 |
Pendidikan | 1. Sekolah Rendah King Edward VII School Taiping; 2. Stowell School Bukit Mertajam; 3. Sekolah Menengah - High School Bukit Mertajam; 4. Sekolah Menengah Tinggi - Anderson School Ipoh; 5. IPTA - University of Malaya (Bachelor of Arts (Hons); dan 6. Sijil Diplomasi Tahun 1974 - Oxford University (UK Foreign Sevice Programme). |
Kor Kolonel Kehormat | - |
Canselor IPTA/IPTA | Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Julai 2021 - Disember 2023 |
![]() |
|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | |
Darjah Kebesaran | D.K., S.S.A.P., S.I.M.P. |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 17 September 1995 di Kuantan, Pahang. |
Tarikh Dilantik | 31 Januari 2019 |
Pendidikan | 1. Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan Pahang (2002 - 2005); 2. Caldicott Preparatory School, London, United Kingdom (2006 - 2009); 3. Sherbone School, London, United Kingdom (2009 - 2014); dan 4. University Institute - Geneva School of Diplomacy and International Relations - Bachelor of Arts in International Relation (2015 - 2018). |
Canselor IPTA/IPTA | 1. Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPAS); 2. Pro Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA); dan 3. Pro Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). |
![]() |
|
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | |
Darjah Kebesaran | D.K., S.P.M.P, P.A.T. |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 30 Disember 1967, Hospital Besar Alor Setar. |
Tarikh Dilantik | 1 Ogos 2000 |
Pendidikan | 1. Sekolah Rendah Kebangsaan Putra, Kangar, Perlis (1974 - 1979); 2. Sekolah Menengah Derma, Kangar, Perlis (1980 - 1982); 3. Sekolah Menengah Penang Free, Pulau Pinang (1983); 4. Carey Grammar School (1984 - 1985); dan 5. La Trobe University, Bundoora, Melbourne (1986) |
Kor.Kol Kehormat | Komander Rejimen 504 Askar Wataniah |
Canselor IPTA/IPTA | 1. Canselor Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (2003 hingga kini) dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM); dan 2. Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS) (2015 hingga kini). |
![]() |
|
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah | |
Darjah Kebesaran | S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K. |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 12 Disember 1990 di Pacific Presbyterian Hospital, San Francisco, Amerika Syarikat. |
Tarikh Dilantik | 3 Mei 2002 |
Pendidikan | 1. San Francisco, Amerika Syarikat; 2. Alice Smith School, Kuala Lumpur; dan 3. Wellington College, England. |
Canselor IPTA/IPTA | - |
![]() |
|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin | |
Darjah Kebesaran | D.K., S.S.M.Z. |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 1 Mac 1998 di Hospital Kuala Terengganu, Terengganu. |
Tarikh Dilantik | 12 Januari 2006 |
Pendidikan | Garden International School, Kuala Lumpur. |
Canselor IPTA/IPTA | - |
![]() |
|
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim | |
Darjah Kebesaran | D.K., S.P.M.J, S.M.I.J., S.S.I.J, P.I.S., P.S.I. |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 30 Jun 1984, Johor Bahru, Johor. |
Tarikh Dilantik | 28 Januari 2010 |
Pendidikan | 1. Sekolah Sri Utama, Johor Bahru 2. Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph, Johor Bahru 3. Australian International School, Singapore 4. Hale School, Perth, Australia 5. Indian Military Academy, Dehra Dun, India 6. Unit 61 Cavalry Tentera Darat India, Jaipur, India 7. Kursus Kepakaran Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing 8. Latihan Peperangan Khusus (PULAPAK) |
Canselor IPTA/IPTA | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) |
![]() |
|
Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra | |
Darjah Kebesaran | D.K., S.P.M.K. Ph.D (UCL) |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 20 Januari 1974 di Kota Bharu, Kelantan |
Tarikh Dilantik | 18 Oktober 2010 |
Pendidikan | 1. Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail II, Kota Bharu; 2. Oakham, School, London; 3. London School Of Economic (B.A History); 4. Universita Di Firenze (Beginner + Intermediate) (Italian Language + Literature); 5. University College Of London (M.A. Ancient History); 6. University College Of London (M.Phil Ancient History); dan 7. University College Of London (Phd History); |
Canselor IPTA/IPTA | - |
![]() |
|
Duli Yang Teramat Mulia Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa | |
Darjah Kebesaran | D.K., D.K.A., S.P.C.M., J.S.M. |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 26 September 1941 di Hospital Taiping, Perak |
Tarikh Dilantik | 20 Jun 2014 |
Pendidikan | - |
Canselor IPTA/IPTA | - |
![]() |
|
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin | |
Darjah Kebesaran | D.M.K., D.S.D.K. |
Tarikh/Tempat Keputeraan | 2 Mac 1967 di Alor Setar, Kedah. |
Tarikh Dilantik | 26 November 2017 |
Pendidikan | 1. Holborn College, London United Kingdom (1990 - 1991); 2. Brunel University, Uxbridge Middlesex United Kingdom, Bachelor of Laws (Hons) (1988 - 1990); 3. Kolej Damansara Utama, Petaling Jaya Selangor (1987 - 1988); 4. SEA Park Secondary School, Petaling Jaya Selangor (1985 - 1986); dan 5. Royal Military College, Sungai Besi, Kuala Lumpur (1980 - 1985). |
Canselor IPTA/IPTA | - |
2. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor - 23 Mac 2023
3. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu - 26 April 2023
4. Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis - 17 Mei 2023
5. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman - 18 Jun 2023
6. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang - 30 Julai 2023
7. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V - 29 & 30 September 2023
8. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan - 03 November 2023
9. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan - 11 Disember 2023
Setiausaha Sulit Kanan kepada
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,
Istana Negara,
Jalan Sultan Abdul Halim,
50480 Kuala Lumpur.
03-62001000 / 62002000 (Tel)
03-62052121 (Fax)
Kolonel Norzahari Efandy bin Zakaria,
Setiausaha Sulit Kanan Kepada
Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,
Istana Iskandariah,
33007 Kuala Kangsar,
PERAK DARUL RIDZUAN.
05-7761203 (Tel)
05-7763724 (Fax)
Istana Negara,
Jalan Sultan Abdul Halim,
50480 Kuala Lumpur.
03-62001000 / 62002000 (Tel)
03-62052121 (Fax)
Jabatan Diraja Johor,
Istana Besar,
80000 Johor Bahru,
Johor.
07-2220351 (Tel)
07-2230763 (Fax)
TARIKH MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA LEPAS
Bil | Mesyuarat-mesyuarat | Tarikh | Tempat | Pengerusi |
---|---|---|---|---|
1. | Majlis Raja-Raja Yang Pertama | 18.02.1948 | Dewan Mesyuarat Undangan Persekutuan, Kuala Lumpur | DYMM Baginda Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar |
2. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-2 | 19.05.1948 - 21.05.1948 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-mu'adzam Shah ibni Almarhum Al-mutasim Bi'llah Abdullah |
3. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-3 | 29.06.1948 - 01.07.1948 | Dewan Johor Bahru | DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman ibni Al-marhum Tuanku Muhammad |
4. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-4 | 31.08.1948 - 01.09.1948 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Al-marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah |
5. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-5 | 16.11.1948 - 17.11.1948 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Kedah Tunku Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
6. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-6 | 01.03.1949 - 02.03.1949 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Raja Perlis Syed Putra ibni Al-marhum Syed Hassan Jamalullail |
7. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-7 | 15.06.1949 - 17.06.1949 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Al-Sultan Kelantan Tengku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Mohamed IV |
8. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-8 | 31.08.1949 - 01.09.1949 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Sultan Terengganu Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin |
9. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-9 | 30.11.1949 - 01.12.1949 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Yussuf Izzuddin Shah ibni Al-marhum Sultan Abdul Jalil Radziallah |
10. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-10 | 22.02.1950 - 23.02.1950 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah ibni Almarhum Al-mutasim Billah Abdullah |
11. | Mesyuarat Khas | 21.04.1950 - 22.04.1950 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman ibni Al-marhum Tuanku Muhammad |
12. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-11 | 24.05.1950 - 25.05.1950 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Al-marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah |
13. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-12 | 30.08.1950 - 31.08.1950 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Kedah Tunku Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
14. | Mesyuarat Khas | 29.09.1950 - 30.09.1950 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Raja Perlis Syed Putra ibni Al-marhum Syed Hassan Jamalullail |
15. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-13 | 15.11.1950 - 16.11.1950 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Al-Sultan Kelantan Tengku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Mohamed IV |
16. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-14 | 14.02.1951 - 15.02.1951 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Regent Terengganu Tengku Mahmud ibni Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah |
17. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-15 | 19.03.1951 - 20.03.1951 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Yussuf Izzuddin Shah ibni Al-marhum Sultan Abdul Jalil Radziallah |
18. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-16 | 23.05.1951 - 24.05.1951 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah ibni Almarhum Al-mutasim Billah Abdullah |
19. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-17 | 15.08.1951 - 16.08.1951 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Besar Burhanuddin ibni Al-marhum Tuanku Antah |
20. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-18 | 24.10.1951 - 25.10.1951 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Al-marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah |
21. | Mesyuarat Khas | 03.12.1951 - 04.12.1951 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Kedah Tunku Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
22. | Mesyuarat Khas | 15.12.1951 - 16.12.1951 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Raja Perlis Syed Putra ibni Al-marhum Syed Hassan Jamalullail |
23. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-19 | 13.02.1952 - 14.02.1952 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Al- Sultan Kelantan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Mohamed IV |
24. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-20 | 23.04.1952 - 24.04.1952 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Yussuf Izzuddin Shah ibni Al-marhum Sultan Abdul Jalil Radziallah |
25. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-21 | 13.08.1952 - 14.08.1952 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah ibni Almarhum Al-mutasim Billah Abdullah |
26. | Mesyuarat Khas | 07.10.1952 & 09.10.1952 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman ibni Al-marhum Tuanku Muhammad |
27. | Mesyuarat Khas | 05.11.1952 - 06.11.1952 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Kedah Tunku Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
28. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-22 | 11.02.1953 - 12.02.1953 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Raja Perlis Syed Putra ibni Al-marhum Syed Hassan Jamalullail |
29. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-23 | 29.04.1953 - 30.04.1953 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Sultan Terengganu Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-marhum Sultan Zainal Abidin |
30. | Mesyuarat Khas | 06.07.1953 - 07.07.1953 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-mu'adzam Shah ibni Almarhum Al-mutasim Bi'llah Abdullah |
31. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-24 | 21.10.1953 - 22.10.1953 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman ibni Al-marhum Tuanku Muhammad |
32. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-25 (Khas) | 24.02.1954 - 25.02.1954 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Al-marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah |
33. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-26 | 26.03.1954 - 27.03.1954 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Kedah Tunku Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
34. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-27 | 14.07.1954 - 15.07.1954 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Raja Perlis Syed Putra ibni Al-marhum Syed Hassan Jamalullail |
35. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-28 | 20.10.1954 - 21.10.1954 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Al-Sultan Kelantan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Mohamed IV |
36. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-29 | 24.02.1955 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Regent Terengganu Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-marhum Sultan Zainal Abidin |
37. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-30 | 13.04.1955 - 14.04.1955 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-mu'adzam Shah ibni Almarhum Al-mutasim Bi'llah Abdullah |
38. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-31 (Khas) | 22.08.1955 - 23.08.1955 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman ibni Al-marhum Tuanku Muhammad |
39. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-32 | 28.09.1955 - 29.09.1955 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Al-marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah |
40. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-33 | 21.12.1955 - 22.12.1955 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Kedah Tunku Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
41. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-34 | 28.02.1956 - 29.02.1956 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | DYMM Raja Perlis Syed Putra ibni Al-marhum Syed Hassan Jamalullail |
42. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-35 | 27.06.1956 - 28.06.1956 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Al- Sultan Kelantan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Mohamed IV |
43. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-36 (Khas) | 28.08.1956 - 29.08.1956 | Istana Selangor, Kuala Lumpur | KDYMM Al- Sultan Kelantan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Mohamed IV |
44. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-37 | 31.10.1956 - 02.11.1956 | Istana Negara, Kuala Lumpur | DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Yussuf Izzuddin Shah ibni Al-marhum Sultan Abdul Jalil Radziallah |
45. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-38 | 06.02.1957 - 07.02.1957 | Dewan Mesyuarat Kerajaan Persekutuan, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah ibni Almarhum Al-mutasim Billah Abdullah |
46. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-39 | 13.03.1957 - 14.03.1957 | King's House Kuala Lumpur | DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman ibni Al-marhum Tuanku Muhammad |
47. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-40 | 09.04.1957 - 10.04.1957 | Tidak dinyatakan | DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman ibni Al-marhum Tuanku Muhammad |
48. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-41 | 06.06.1957 | King's House Kuala Lumpur | DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman ibni Al-marhum Tuanku Muhammad |
49. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-42 | 26.06.1957 - 27.06.1957 | Dewan Mesyuarat Kerajaan Persekutuan, Kuala Lumpur | DYMM Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Al-marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah |
50. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-43 (Khas) | 03.08.1957 | Dewan Mesyuarat Kerajaan Persekutuan, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Kedah Tunku Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
51. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-44 | 31.08.1957 | Istana Negara, Kuala Lumpur | DYMM Raja Perlis Syed Putra ibni Al-marhum Syed Hassan Jamalullail |
52. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-45 | 30.10.1957 -31.10.1957 | Istana Negara, Kuala Lumpur | DYMM Raja Perlis Syed Putra ibni Al-marhum Syed Hassan Jamalullail |
53. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-46 | 05.03.1958 - 06.03.1958 | Istana Negara, Kuala Lumpur | KDYMM Al-Sultan Kelantan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Mohamed IV |
54. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-47 | 02.07.1958 - 03.07.1958 | Istana Negara, Kuala Lumpur | DYMM Sultan Terengganu Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-marhum Sultan Zainal Abidin |
55. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-48 | 15.10.1958 - 16.10.1958 | Istana Negara, Kuala Lumpur | DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Yussuf Izzuddin Shah ibni Al-marhum Sultan Abdul Jalil Radziallah |
56. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-49 | 04.02.1959 - 05.02.1959 | Istana Negara, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah ibni Almarhum Al-mutasim Billah Abdullah |
57. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-50 | 22.07.1959 - 23.07.1959 | Istana Negara, Kuala Lumpur | DYMM Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Munawir ibni Tuanku Abdul Rahman |
58. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-51 | 24.02.1960 - 25.02.1960 | Istana Negara, Kuala Lumpur | DYMM Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Al-marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah |
59. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-52 (Khas) | 14.04.1960 | Istana Negara, Kuala Lumpur | DYMM Raja Perlis Syed Putra ibni Al-marhum Syed Hassan Jamalullail |
60. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-53 | 14.04.1960 | Istana Negara, Kuala Lumpur | DYMM Sultan Terengganu Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-marhum Sultan Zainal Abidin |
61. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-54 (Khas) | 14.04.1960 | Istana Negara, Kuala Lumpur | KDYMM Sultan Kedah Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-marhum Sultan Badlishah |
62. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-55 | 21.09.1960 | Istana Negara, Kuala Lumpur | DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Nasir ibni Al-marhum Tuanku Muhammad |
63. | Majlis Raja-Raja Yang Ke-56 | 02.11.1960 - 03.11.1960 | Istana Negara, Kuala Lumpur | KDYMM Al-Sultan Kelantan Sultan Yahya Petra ibni Al-marhum Sultan Ibrahim |