Soalan Lazim
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Maklum Balas
Maklum Balas
Maklum Balas
Peta Laman
          ​  contactus-icon faq-icon sitemap-icon

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja

Biodata Penyimpan Mohor Besar Raja-raja


Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad
(P.S.M., S.P.S.K., S.S.A.P., D.P.M.S., D.M.P.N., P.S.D., D.S.P.N., D.P.M.P.(Perlis), P.C.M., K.M.N., P.P.M.)

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja sekarang ialah Penyandang ke-16, dilantik oleh Majlis Raja-raja pada 08 Januari 2011 (3 Safar 1432H) di bawah peruntukan Perkara 38 Jadual V, Perlembagaan Persekutuan.

Tan Sri Syed Danial dilahirkan pada 30 November 1944 (14 Zulhijah 1363H) di Georgetown, Pulau Pinang. Semasa kecilnya, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kelawai, Pulau Pinang. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak dan seterusnya menuntut di Universiti Malaya (BA Hons. 1967), Kuala Lumpur. Beliau telah mendapat pendidikan akhir dalam bidang akademiknya di luar negara iaitu di Universiti of Wisconsin, Madison, USA (MA.1976).

Tan Sri Syed Danial pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kerajaan (PTD) selama 32 tahun di pelbagai Kementerian, Agensi dan Jabatan Kerajaan (Mei 1967 – Disember 1999) termasuk di Sabah, Sarawak, Perak, Kedah dan Perlis. Selepas bersara, beliau telah dilantik sebagai Datuk Paduka Maharaja Lela di Istana Negara bermula daripada tahun 2002 hingga 2004 dan seterusnya sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja pada tahun 2004 hingga 2006. Beliau juga dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai Ahli Majlis Angkatan Tentera di bawah peruntukan Perkara 137, Perlembagaan Persekutuan.

 

   
  su[at]majlisraja-raja[dot]gov[dot]my
  +603-21485330
 
Hubungi Kami


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,
482, Jalan Bukit Petaling
50682 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2141 7270 / 03-2142 4947
Faks: 03 - 2142 2080
E-mel: urusetia[at]majlisraja-raja.gov.my




Setiausaha,
Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri,
482, Jalan Bukit Petaling
50682 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2148 5373
Faks: 03 - 2142 2080
E-mel: biasiswarajaraja[at]gmail.com

Bilangan Pelawat
1.png2.png1.png5.png9.png
Tarikh Kemaskini
  • Kemaskini Terakhir: 28.11.2022.
Image
Image
Image
Image
Image
Image