Soalan Lazim
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Maklum Balas
Maklum Balas
Maklum Balas
Peta Laman
          ​  contactus-icon faq-icon sitemap-icon

SUARA ANDA

Polisi ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja (PPMBRR).

PPMBRR sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan PPMBRR untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif penyertaan ini adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Undian Portal, Penyertaan Umum, Maklum balas Portal (Maklum balas/pertanyaan/aduan/cadangan dan Kajian Kepuasan Pelanggan.

PPMBRR amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan Penyertaan Umum ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots”atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.
Sila hantar maklumbalas atau cadangan melalui pautan berikut:

Borang Maklum Balas

Jika tuan/puan mempunyai sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja (PPMBRR), sila kemukakan permohonan secara rasmi ke alamat berikut:
 

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja,
482, Jalan Bukit Petaling
50682 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2141 7270 / 03-2142 4947

Faks: 03 - 2142 2080

E-mel: urusetia[at]majlisraja-raja[dot]gov[dot]my

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
Pekeliling Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam
Permohonan Set Data

Penafian – Permohonan sebarang maklumat dan data yang dipohon masih lagi bergantung kepada keputusan Jabatan ini. Semua permohonan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang telah ditetapkan.

Apa Pendapat Anda Tentang Laman Web Rasmi PPMBRR?
Hubungi Kami


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,
482, Jalan Bukit Petaling
50682 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2141 7270 / 03-2142 4947
Faks: 03 - 2142 2080
E-mel: urusetia[at]majlisraja-raja.gov.my




Setiausaha,
Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri,
482, Jalan Bukit Petaling
50682 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2148 5373
Faks: 03 - 2142 2080
E-mel: biasiswarajaraja[at]gmail.com

Bilangan Pelawat
0.png9.png1.png6.png4.png
Tarikh Kemaskini
  • Kemaskini Terakhir: 08.08.2022.
Image
Image
Image
Image
Image
Image