Soalan Lazim
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Maklum Balas
Maklum Balas
Peta Laman
Peta Laman
Pada asalnya penjawat jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja ialah kakitangan kerajaan yang paling kanan. Telah diputuskan dalam salah satu Mesyuarat Majlis Raja-raja bahawa jawatan Penyimpan Mohor Besar ini tidak boleh kurang tarafnya daripada Menteri Besar yang paling kanan, yang pada masa itu merupakan seorang kakitangan kerajaan yang kanan. Justifikasinya ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bertindak bagi pihak semua Raja, manakala Menteri Besar hanya mewakili Rajanya sahaja. Tambahan lagi Raja-raja masih mempunyai sedikit kuasa eksekutif dan dengan demikian Baginda sekalian memerlukan seorang pegawai kanan. Selepas merdeka, kuasa eksekutif Raja-raja dipindahkan kepada rakyat. Maka jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja tidak lagi mendukung tanggungjawab seperti yang pernah termaktub sebelumnya. Jadual Kelima dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa: “3. Majlis Raja-raja hendaklah mempunyai suatu Mohor Besar Raja-raja yang hendaklah dalam jagaan seseorang yang dilantik oleh Majlis itu. 4. Orang yang dilantik dibawah Seksyen 3 hendaklah dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, hendaklah bertindak sebagai Setiausaha Majlis Raja-raja dan hendaklah memegang jawatannya selama yang diperkenankan oleh Majlis itu. “6. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hendaklah memanggil mesyuarat Majlis Raja-raja bilamasa dikehendaki berbuat sedemikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis itu dan, dengan tidak dikehendaki berbuat sedemikian, tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan apabila berlaku kekosongan dalam jawatan itu atau dalam jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.” Gelaran “Penyimpan Mohor Besar Raja-raja” (“The Keeper of the Rulers’ Seal”), dibawa jauh dari England ke Malaysia melalui India. Ia berasal dari Britain dan berakar umbi lebih 600 tahun dahulu. Beliau dikenali dengan nama ini memandangkan beliaulah yang menjaga Mohor Besar Raja-raja. Tidak banyak orang yang mengetahui tugas yang dijalankan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja ini. Sebenarnya beliau merupakan Setiausaha Majlis Raja-raja (Seksyen 4 Jadual Kelima dalam Perlembagaan Persekutuan).
Hubungi Kami


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,
482, Jalan Bukit Petaling
50682 Kuala Lumpur

Telefon: 03-9224  5245
Faks: 03 - 9224 5246
E-mel: urusetia[at]majlisraja-raja.gov.my



Setiausaha,
Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri,
482, Jalan Bukit Petaling
50682 Kuala Lumpur

Telefon: 03-9224 5261
Faks: 03 - 9224 5246
E-mel: biasiswarajaraja[at]gmail.com


Bilangan Pelawat

029889
Tarikh Kemaskini
  • 25.03.2025.
Image
Image
Image
Image
Suara Anda